Assalammualaikum..
Haaaa..Lama xupdate Blog....
Tetiba malam ni jadi terlebih rajin plak nak update blog...hehehe
Just nak share info yang dibaca di Pa&Ma sebentar tadi...
Penjagaan Bayi Pramatang...khas untuk para ibu yang melahirkan bayi anda xckp bulan disebabkan pelbagai faktor...
Saya sendiri mengalami pengalaman melahirkan bayi pramatang yang disebabkan oleh tekann darah saya semakin meninggi ketika mengandung...anak saya terpaksa dilahirkan xcukup bulan iaitu 35 minggu 3 hari secara CZER bagi mengelakkan kemudaratan saya dan anak...
Memang nampak senang nak jaga kan..tetapi tidak....bayi pramatang ni memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan lebih perhatian.. tapi Alhamdulillah anak saya xsempat duduk dalam incubator..kerana dengan izin Allah dia boleh bernafas tanpa bantuan mesin...syukur sgt2...
Dengan berkat izin-Nya anak saya yang dilahirkan pramatang dan berat hanya 1.3kg kini sihat.cergas.cerdas..lincah.serta dengan penyusuan ibu dari lahir hinggalah sekarang..xkurang susu badan dan makin meriah..n of coz dengan mengambil supplement set penyusuan Shaklee..Harap boleh la menyusu sehinggan umurnya 2 tahun...Alhamdulillah...sekarang dah genap setahun usia anak saya...syukur pada-mu Ya Allah...
Ooooppppsss...dah terlebih2 plak bercerita ye..hehehe...
Ni tips2 nya....
PENJAGAAN BAYI PRAMATANG:
Biasanya
bayi pramatang dilahirkan kurang daripada 37 minggu kehamilan. Bayi ini, perlu
dirawat secara intensif di hospital. Ini kerana purata 60-70 peratus bayi
pramatang meninggal dunia pada minggu kelahiran yang pertama.
Mereka terdedah
kepada risiko yang tinggi terhadap pelbagai jenis penyakit sepanjang beberapa
hari pertama kehidupan dan juga pada jangka masa yang panjang.
Bayi
pramatang memerlukan rawatan khas berbanding bayi yang lahir normal. Bayi
mungkin dirawat dalam tempoh jangka masa beberapa hari atau minggu. Sepanjang
tempoh rawatan, tahap kesihatan bayi akan dipantau.
Kebanyakan
bayi pramatang dijaga di unit jagaan rapi atau jika terlalu sakit atau kecil
akan diletakkan di bawah unit jagaan intensif (NICU). Apabila doktor
mengesahkan yang paru-paru bayi sudah matang, mampu bernafas dengan baik,
menyusu sendiri dan mengekalkan suhu badan normal, barulah bayi dibenarkan
pulang ke rumah.
RAWATAN BAYI PRAMATANG:
1.
Pemerhatian rapi
--------------------
Rutin
pemerhatian bayi adalah sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan bayi
berada dalam keadaan baik. Antara yang dipantau ialah warna kulit. Doktor akan
memastikan kulit bayi berwarna kemerahan dan bukan biru atau pucat. Doktor juga
turut memeriksa kadar nadi dengan menggunakan monitor ECG. Monitor tersebut
akan menunjukkan kadar pernafasan bayi.
2. Suhu
badan
-----------------
Bayi
pramatang tidak boleh terdedah kepada suhu yang sejuk. Oleh itu, suhu badannya
perlu dipastikan berada di tahap antara 36 C hingga 37 C. Untuk memastikan suhu
badannya di tahap normal, sentiasa pakaikan topi di kepalanya.
3. Pemakanan
-----------------
Bayi
memerlukan pemakanan yang awal. Jika keadaannya tidak stabil, cecair intravena
yang mengandungii dekstros perlu diberi. Namun, ia bergantung pada keadaan
bayi, ada sesetengah ibu dibenarkan menyusukan bayi mereka. Jika keadaan tidak
mengizinkan, bayi hanya menerima susu yang diberikan melalui tiub nasogastrik.
4.
Pencegahan jangkitan infeksi
-----------------------------------
Memandangkan
tahap ketahanan badan bayi pramatang lemah, maka bayi mudah terkena jangkitan
jika tidak dijaga betul. Oleh itu, doktor, jururawat dan ibu bapa perlu mencuci
tangan sebelum memegang bayi bagi mengelakkan jangkitan terkena kepada bayi.
5.
Kebersihan
----------------
Seboleh-bolehnya,
doktor akan meminimumkan sentuhan bayi. Jika tidak, bayi mudah mendapat
serangan hipoksia, sianosis dan apnea. Kebersihan turut diberi perhatian
terutamanya di bahagian kepala, muka, pusat, mata dan kulit termasuk bahagian
lipatan. Semua bahagian ini akan dibersihkan dan dipastikan sentiasa kering.
6. Bekalan
oksigen yang mencukupi
-------------------------------------
Jika perlu,
bayi akan diberikan bekalan oksigen melalui alat ventilator. Sebelum itu,
oksigen perlu dihangatkan terlebih dahulu. Oksigen yang diberi dianalisis
kandungannya dahulu. Ini kerana, jika oksigen yang diberi kurang, kerosakan
otak akan berlaku. Jika terlebih, bayi boleh mendapat kesan sampingan.
|
Ketika dilahirkan: 1.3kg |
|
3 Bulan |
|
6 Bulan |
|
Setahun :) |
Like n Share:
Adyf Online Shoppe